Halaman

Jumaat, 11 November 2016

Pengalaman Menduduki Temu Duga PPP-DG41 2016

Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera. 

Diucapkan jutaan TAHNIAH!! Bagi yang akan meduduki temu duga ini. Di sini saya akan berkongsi dengan kalian steps dan beberapa penekanan yang diperlukan bagi membantu bakal cikgu untuk menghadapi temu duga ini.


Pada mulanya saya mendapat notis untuk menduduki temu duga ini melalui massage yang dihantar dari pihak SPP. Jadi untuk mengesahkan sama ada saya layak atau tidak, pergilah ke laman web spp untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

2nd is saya download borang check list. Borang ini boleh didapati di laman spp juga. 
NOTA: urusetia akan ambil 3 shj salinan sijil koko untuk mereka ambil so xperlu potostat banyak2 sijil koko tu.

3rd,   persediaan dari segi penampilan. Of course la perlu berpakaian seperti seorang guru yang sopan dan kemas. Penggunaan BLAZER adalah tak penting tp kalau ada it build your confident level. NAME TAG adalah PERLU, ini kerana ia sangat membantu juri untuk memanggil nm kita nanti. Jangan lupa kasut bertutup ya dan tak semestinya bertumit tinggi.

4th, persediaan dari segi KNOWLEDGE. Pada part ini, I depend on you lah bc je apa yg awak rs penting. Kalau sy, sy bc overall tentang pppm, falsafah pendidikan, menteri yang terlibat, isu2 semasa pendidikan, n refresh knowledge on major kita.  

5th, hari temu duga.  Setelah sampai ke destinasi, iaitu bangunan jabatan perdana menteri, dapatkan pas masuk ya. Dan sepanjang anda berada dalam kawasan itu perlu pamirkan kad itu ya. Setibanya di SPP, nama anda akan dipanggil untuk urusetia semak segala sijil dan salinan yang perlu dibawa. Kalau ada yang tertinggal, tak apa jangan risau mereka akan bagi boring yang menyatakan dokumen anda tak lengkap. Kemudian anda perlu menghantar dan melengkapkan dokumen yang tak lengkap secepat mungkin. Kalau tak, ini mungkin akan jadi sebab apa anda lambat dipanggil posting sbb dokumen tak lengkap.kemudian, tunggulah nm anda dipanggil masuk dalam bilik temu duga. Sepanjang tempoh menuggu itu, sya pergi keluar minum dengan husband dan siap dapat susukan anak di luar lagi. But let the urusetia notice yang awak nak kluar ya.

6th, didalam bilik temu duga. Saya merupakan calon terakhir mengikut senarai nama. Jadi kumpulan sy terdiri daripada 4 dan sebelum saya adalah 6 orang. Kiranya kami adalah kumpulan terakhir untuk bilik temu duga saya. Seperti biasa panel akan minta anda perkenalkan diri sebelum dia Tanya beberapa soalan. Panel yang pertama dan kedua bertanya tentang:
  •       Bagaimana nk jadikan guru yang ada kasih sayang dan sentiasa bersifat ingin tahu dan belajar knowledge yang baru?
  •        Apa 6 teras dlm PPPM?
  •        Apakah PDP berkesan? Dan bagaimana awak lakukan PDP ini di dalam kelas?  

NOTA: setiap panel akan memberi soalan yang berbeza so don’t expect this exact soalan yang must they will ask you ya.

Alhamdulilah semuanya dah setel, kiranya dari pukul 9-3pm baru setel. Anyway GOOD LUCK kepada bakal2 guru yang akan menduduki temu duga ini. A few advices:
  •        Just be yourself, don’t act too POYO ya sbb terlalu annoyed bila tengok.
  •        Confident
  •        Kalau tak dapat jawab, jujur je cakap sya tak tahu.
  •        Jangan tunjuk sangat nervous tu
  •        SMILE.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan