Halaman

Sabtu, 23 Ogos 2014

Pembentukan Pemikiran Seorang Pelajar PhD


Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, maksud saya memikirkan isu2 yang kita ingin kaji dan sebagainya. Adakah kita bertanya kepada diri sendiri, apakah corak pemikiran kita? Corak fikiran??? Atau saya istilahkan sebagai falsafah kita, cara kita berfikir, cara kita membuat sesuati ideology …sebagai contoh, jika kita duduk didalam satu hutan, apa yang kita boleh takrifkan tentang hutan itu? Ada yang memandang hutan itu sebagai satu ilmu untuknya kerana daripada hutan itu dia boleh menghubung kait dengan ekosistem bumi dan manusia. Tetapi ada yang memandang bahawa hutan itu adalah sesuatu yang subjektif dan banyak lagi kita boleh takrifkan.

Bagi saya pemikiran ini sangat penting dan sudah perlu ada dalam diri setiap individu pelajar sebelum dia membuat pendaftaran sebagai seorang pelajar dan dalam kontek ini adalah pelajar PhD. Kenapa? Tidak dinyatakan pun dalam syarat2 pendaftaran. Betul!!! Tetapi mari kita lihat ideologinya:

Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenarikan. Selain daripada itu, didalam Islam tegas menyatakan mengapa kita sebagai umatnya perlu ada pendirian yang teguh dalam hidup. Contohnya falsafah utama kita adalah adanya rukun islam dan rukun iman. Daripada kukuhnya asas akidah ini disokong oleh al-quran dan hadis dapat membantu kita menilai baik dan buruk dalam kita mengharungi kehidupan didunia ini. Saya sering kaitkan langkah2 dalam saya menyiapkan research ini dengan langkah2 saya mendekati Allah. Bagi saya ia sering, tidak berpincang. Walaupun kajian saya tidak menyentuh bab agama tetapi basement dan approaching dia adalah sama.

Inshaallah, kewujudan corak pemikiran itu perlu dibentuk bukannya ia terbentuk sendiri. Daripada pembacaan yang banyak, perkongsian ilmu dan perbincangan mampu mematangkan fikiran kita. Bentuklah ia dan inshaallah kita mampu menghasilkan thesis yang baik dan dalam sentuhan Islam. 

Untuk lanjutan penbacaan boleh rujuk (1) Micheal Crotty "Research Design" (2) Craswell (2007)