Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, maksud saya
memikirkan isu2 yang kita ingin kaji dan sebagainya. Adakah kita bertanya
kepada diri sendiri, apakah corak pemikiran kita? Corak fikiran??? Atau saya
istilahkan sebagai falsafah kita, cara kita berfikir, cara kita membuat sesuati
ideology …sebagai contoh, jika kita duduk didalam satu hutan, apa yang kita
boleh takrifkan tentang hutan itu? Ada yang memandang hutan itu sebagai satu
ilmu untuknya kerana daripada hutan itu dia boleh menghubung kait dengan ekosistem
bumi dan manusia. Tetapi ada yang memandang bahawa hutan itu adalah sesuatu
yang subjektif dan banyak lagi kita boleh takrifkan.
Bagi saya pemikiran ini sangat penting dan sudah perlu ada
dalam diri setiap individu pelajar sebelum dia membuat pendaftaran sebagai
seorang pelajar dan dalam kontek ini adalah pelajar PhD. Kenapa? Tidak
dinyatakan pun dalam syarat2 pendaftaran. Betul!!! Tetapi mari kita lihat ideologinya:
Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenarikan. Selain daripada
itu, didalam Islam tegas menyatakan mengapa kita sebagai umatnya perlu ada
pendirian yang teguh dalam hidup. Contohnya falsafah utama kita adalah adanya
rukun islam dan rukun iman. Daripada kukuhnya asas akidah ini disokong oleh
al-quran dan hadis dapat membantu kita menilai baik dan buruk dalam kita
mengharungi kehidupan didunia ini. Saya sering kaitkan langkah2 dalam saya
menyiapkan research ini dengan langkah2 saya mendekati Allah. Bagi saya ia
sering, tidak berpincang. Walaupun kajian saya tidak menyentuh bab agama tetapi
basement dan approaching dia adalah sama.
Inshaallah, kewujudan corak pemikiran itu perlu dibentuk
bukannya ia terbentuk sendiri. Daripada pembacaan yang banyak, perkongsian ilmu
dan perbincangan mampu mematangkan fikiran kita. Bentuklah ia dan inshaallah
kita mampu menghasilkan thesis yang baik dan dalam sentuhan Islam.
Untuk lanjutan penbacaan boleh rujuk (1) Micheal Crotty "Research Design" (2) Craswell (2007)