- Pengenalan
Sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat,
perlindungan mekanikal, aksesori-aksesori elektrik. Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanika, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan
2. Faktor Pemilihan Sistem Pendawaian
Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancangkan dahulu agar tidak merugikan. Sebaliknya sistem itu mengawal kecekapan dan selamat. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian iatu seperti berikut:-
- Jenis beban yang hendak dipasang.
- Keadaan tempat pemasangan
- Kos perbelanjaan
- Tempoh ketahanan pemasangan
- Keadaan sekeliling
- Tempoh masa menyiapkan.
- Perubahan atau penambahan litar masa akan dating.
- Jenis voltan bekalan.
- Keselamatan dan kelulusan TNB/JKR dan Suruhanjaya Tenaga
3 . Jenis-Jenis Sistem Pendawaian
Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai di bawah ini seperti telah dinyatakan, ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasanagn kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan.
i. Sistem pendawaian permukaan.
ii. Sistem pendawaian tersembunyi.
iii. Sistem pndawaian penyokong katenari.
iv. Sistem pendawaian konduit.
v. Sistem pendawaian sesalur.
vi. Sistem pndawaian salur.
vii. Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum.
viii. Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum.
3.1 Sistem Pendawaian Permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah suatu sistem di mana kabel-kabel
digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindung tambahan.
3.1.1 Ciri-Ciri Pemilihan
Berikut ialah beberapa cirri yang dianggapkan sesuai bagi sistem pendawaian permukaan.
i. Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal
ii. Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu
iii. Kos perbelanjaan murah.
iv. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sikit
v. Kerosakan mekanikal kemungkinan belaku amat kurang
vi. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
vii. Kadar kuasa yang dipasang kecil
3.1.2 Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan
Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.
3.1.3 Kaedah Pemasangan Kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipaku ke didding atau siling.Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong.
3.2 Sistem Pendawaian Tersembunyi
Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel- kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal eksesori-eksesori lain.
3.2.1 Ciri-Ciri Pemilihan Sistem Tersembunyi
i. Bekalan voltan jenis 1 fasa
ii Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen
iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik
iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan
v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak
vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama
vii. Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
3.2.3 Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan
Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel beralut pvk.
3.2.4 Kaedah Pemasangan Kabel
Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaannya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.
3.3 Sistem Pendawaian Penyokong Katenari
Sistem pendawaian penyokong katenari adalah sistem yang jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada suatu keadaan sistem ini masih diperlukan.
3.3.1 Ciri-Ciri Pemilihan
i. Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi
ii. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan
iii. Penyambungan kabel bekalan di antara dua bangunan
v. Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan
3.3.2 Jenis Kabel Yang Digunakan
Kabel yang sesuai digunakan adalah daripada jenis kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan penghalang api.
3.3.4 Kaedah Pemasangan kabel
Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong katenari, dengan diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerja memasukkan kabel dan dawai pengikat selesai, barulah disangkutkan kedua-dua penghujung dawai pengikat ke dinding atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiang mestilah kuat dan kemas. Pada kebiasannya hanya dua kabel sahaja yang boleh disokong oleh penyokong katenari.
3.4 Sistem Pendawaian Konduit
Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel.
3.4.1 Ciri-Ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Konduit
i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar
3.4.2 Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan
Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau bersalut.
3.4.3 Jenis-Jenis Konduit
Terdapat 3 jenis konduit yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolok berat, konduit bukan logam dan konduit boleh lentur. Di antara ketiga-tiga jenis konduit , konduit logam tolok berat umum digunakan sebagai satu sistem pendawaian. Konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorid dan biasanya digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan. Manakala konduit boleh lentur pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik. Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm.
3.4.4 Cara-Cara Pemilihan Saiz Nominal Konduit
Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter.
i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 1.
ii. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor
konduit daripada jadual 2.
iii. Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit sama atau lebih
daripada jumlah faktor kabel.
Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset
i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 3
ii. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor
konduit daripada jadual 4 mengikut panjang larian dan jumlah bengkok
serta offset dalam larian
iii. Saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih
daripada jumlah faktor kabel
3.4.5 Kaedah Pemasangan Kabel
Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada ke semua konduit yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar. Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit adalah berdasarkan jadual 5. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar akhir dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit.
3.4.6 Faktor Ruang
Faktor ruang ialah satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratin rentas
kabel (termasuk penebat dan sebarang salutan) dengan luas keratan rentas dalam bagi konduit atau sesalur atau salur
3.4.7 Peraturan IEE Bagi Konduit
- Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel
- Semua alat kelengkapan jenis periksa seperti tee, sesiku dan kotak simpang mestilah dipasang supaya mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula
- Faktor ruang kabel dalam konduit boleh ditentukan daripada pemilihan saiz nominal konduit rujuk jadual 1, 2, 3 dan 4.
- Jejari dalam bagi setiap selekoh konduit mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garispusat luar konduit.
- Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan digunakan bush getah untuk mengelakkan daripada kabel rosak.
- Bagi konduit jenis logam, ia mestilah dibumikan.
- Kabel dalam konduit yang membawa arus ulang-alik mestilah dipasang supaya semua fasa bagi satu litar masuk dalam konduit yang sama.
- Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu ambien.
- Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam mesti ditentukan bahawa suhu ambiennya tidak melebihi 60˚C dan beratnya tidak lebih tiga kilo.
3.5 Sistem Pendawaian Sesalur (Trunking)
Sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
3.5.1 Ciri-Ciri Pemilihan
- Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa
- Bangunan besar dan bertingkat.
- Memerlukan pemasangan kabel yang banyak
- Memerlukan penambahan litar pada masa akan dating.
- Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
- Memerlukan keselamata ke atas kabel atau pengguna yang lebih.
3.5.2 Jenis-Jenis Kabel
Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini
3.5.3 Kaedah Pemasangan Kabel
Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. 3.5.4 Cara Pemilihan Saiz Nominal Sesalur
- Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan berdasarkan .
- Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor sesalur daripada jadual 7.
- Saiz nominal sesalur yang sesuai sekiranya faktor sesalur sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel
Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang diberi jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.
3.6 Sistem Pendawaian Salur
Sistem yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.
3.6.1 Ciri-Ciri Pemilihan
- Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
- Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak
- Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
- Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang
- Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris
- Memerlukan kekemasan dan kecantikan
- Memerlukan perlindungan yang lebih
3.6.2 Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan
Semua jenis kabel boleh digunakan dalam system pendawaian salur
3.6.3 Kaedah pemasangan Kabel
Kerja pemasangan kabel biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.
3.6.4 Peraturan IEE Sistem Sesalur dan Salur
- Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.
- Mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar
- Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan A.U bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama
- Mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel
- Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%
Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel X 100
Jumlah luas keratan rentas dalam salur/sesalur
3.7 Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Mineral Pelapik Kuprum
Sistem ini dinamakan seperti itu adalah kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel jenis ini.
3.7.1 Ciri-Ciri Pemilihan
Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terlalu banyak kerosakan mekanikal seperti :
- Suhu sekeliling terlalu panas
- Kawasan berminyak
- Tindakan kesan kimia
- Kawasan yang mudah terbakar
3.7.2 Kaedah Pemasangan Kabel
Bagi sistem ini kaedahnya adalah seperti:
- Secara diklip ke permukaan dinding atau siling
- Secara sistem konduit
- Secara sistem sesalur
- Secara sistem salur
3.8 Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Kertas Pelapik Plumbum
Keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.
3.8.1 Ciri-Ciri Pemilihan
1. Untuk pemasangan di dalam tanah
2. Untuk beban yang mengalir arus tinggi
3. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih
3.8.2 Kaedah Pemasangan Kabel
1. Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran
2. Dengan ditanam terus kabel di dalam tanah
4. Sistem Pendawaian Sementara
Sistem ini biasanya pada pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek seperti pesta keramaian, tapak pembinaan bangunan dan sebagainya. Kaedah pemasangan dan jenis kabel yang digunakan adalah sama dengan sistem pendawaian tetap.
4.1 Peraturan IEE Khas Sistem Pendawaian Sementara
1. Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.
2. Mesti mengadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh
memutuskan semua kutub hidup dan neutral.
3. Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi
1000watt.
- Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.
- Semua kabel yang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik dan tahan daripada kerosakan mekanikal.
- Kabel berlapikkan tidak dibenarkan dalam pemasangan ini kecuali berperisai.
- Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilah mematuhi peraturan IEE bagi sistem konduit.
- Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan tetap.
5. Sistem Pendawaian Tidak Bertebat
Pemasangan kabel tidak bertebat adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sistem pendawaian di rumah kediaman. Ini adalah kerana keselamatan pengguna tidak terjamin. Sistem ini hanya dibenarkan untuk pemasangan yang berikut sahaja dan dilindungi sepenuhnya daripada kerosakan mekanikal.
- Sebagai pengalir perlindungan litar, pengalir bumi dan dawai pengikat
- Sebagai dawai luar bagi pengalir sepusat
- Sebagai pengalir untuk litar voltan lampau rendah
- Sebagai pengalir dalam sistem sesalur
- Sebagai dawai pemungut untuk kren bergerak atau troli.
![]() |
![]() |
![]() |